Tips berniaga tepi jalan

Dalam mengharungi dunia mencabar ini, ramai yang terkandas, ada yang kecundang. Namun masih ada juga yang kembali bersinar, ada yang kembali berjaya. Ada yang bertukar haluan dan makin berkembang, ada yang menambah baik dan kembali naik.

Kita kena akui, hidup ini tidak selalu indah, dan bukan seperti dalam drama di petang hari untuk mengharap kita menjadi anak orang kaya atau dapat mengahwini orang kaya..atau kita bermula dengan 1 bisnes dan terus berkembang. Dalam dunia bisnes ada banyak ranjau dan luka sebelum anda dapat menghidu segarnya udara kejayaan. Kadang, udara kejayaan itu juga tidak lama. Oleh itu, kita kena sentiasa bersedia dan cekal.

Bagi yang sudah berada di puncak, menaiki kereta selesa, atau mempunyai kewangan yang stabil, tentu akan gusar bila terjadi wabak pendemik seperti Covid-19 ini atau krisis kewangan global di mana ia mengheret kita ke arah kegawatan ekonomi. Maka apa yang biasa kita pandu, atau apa yang kita biasa makan dan pakai sudah tidak mampu untuk kita gunakan lagi. Sehingga ada yang mengambil keputusan untuk membuat kerja sampingan atau mulakan bisnes kecilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top