Dalam musim semua org bermasalah.. saya ingin berikan satu tips Problem Solver Method yng saya belajar dahulu..mayb anda boleh gunakan untuk selesaikan masalah anda.
Jika kita menghadapi masalah, pertama sekali sila bertenang. Biar besar mana masalah tu, jika x tenang mmg otak kita x le jalan.
Kita kena faham dan sedar, hidup kita memang akan dipenui cabaran,dugaan dan masalah…itu tanda nya Allah masih sayang kita, Dia nk uji kita, di mana Dia xkan uji kita dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi. Atas kita macam mana nak mencari jalan penyelesaian. Kena yakin setiap masalah ada cara nak settle, just tanya balik diri kita, adakah kita da berusaha lebih dari orang lain.
Kadang kita rasa kita ada masalah besar, tapi ada ramai lagi yang ada masalah lagi besar dari kita. Oleh itu, jangan cepat down dan sedih. tabah kan hati. Jangan di lihat kesenangan orang lain, lihat kesusahan orang lain, baru kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kemudian, doa dahulu mintak petunjuk. Setiap apa yang kita buat dahulukan Allah. Dan kita kena redha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
LIST DOWN
Kemudian list down kan semua masalah anda tersebut. Tidak kira masalah besar atau kecil, urgent atau tidak. Cek satu-satu masalah tersebut. Tuliskan semuanya. Kalau boleh jangan tinggal satu pun…
Ya…anda akan nampak ada banyak masalah yang menanti anda..tapi anda jangan serabut..anggap semua ni dugaan..biar kita nampak kan masalah ini sebagai sesuatu yang mudah…
ASINGKAN
Step seterusnya…cek mana satu masalah yang BESAR dan URGENT dan asing kan ke kertas yang lain. Kemudian asing kan masalah yang x urgent ke kertas yang lain. Di sini, anda da asingkan masalah anda…so anda fokus dulu masalah yang BESAR dan URGENT dahulu.
Masalah yang BESAR dan URGENT
ok..untuk yang ini. Anda telah list kan semua masalah besar dan urgent, ambil satu yang paling urgent dahulu. Kemudian pecahkan kepada masalah-masalah kecil. Setelah setiap masalah besar itu dikecilkan..maka bermula lah proses mencari jalan penyelesaian. Sifu saya selalu ajar saya, “jangan berserabut dengan masalah, berseronok dengan masalah”..
Setiap masalah kecil tadi tu, tulis kan apakah solusi yang ada, duedate nye, cara nak settle kan dan apa-apa info yang anda takut lupa.
Setelah siap, teruskan kepada masalah besar yang lain, dan ulang step yang sama. Kecil kan setiap masalah yang besar tu, so anda tidak akan rasa terbeban sangat coz anda tidak nampak masalah tu sebagai terlalu besar untuk anda settle kan seorang. Tetapi, jika ada masalah kecil tu mayb anda perlukan bantuan orang lain untuk settlekan, jangan segan silu, cuba bertanya kepada orang yang sepatutnya…tapi jangan nak berharap orang akan tolong settlekan masalah kita. Jika tiada sesiapa nak tolong kita, sentiasa ingat..Allah ada dan akan tolong kita dalam caraNya tersendiri…sentiasa doa dan berusaha.
Setelah siap semua masalah besar tu…teruskan pula ke masalah-masalah kecil-urgent tetapi yang lain. Pastikan semuanya bertulis dan dicatat…kalau tidak, kita tidak akan nampak situasi sebenar dan flow nye.
Selesaikan Masalah Anda!
Setelah siap senarai semua masalah yang urgent tersebut…anda lihat balik satu-satu dengan senyuman…dan katakan pada diri anda…inilah masalah-masalah aku selama ini…aku pasti dapat atasi semuanya dengan mudah…dan terus senyum…. 🙂
Anda jangan fikir apa masalah yang anda akan hadapi…apa masalah lain akan datang..jangan berserabut dengan masalah…berseronoklah dengan masalah…anda kena tahu itu adalah tugas anda di dunia ini..
Jangan serabut…just fikirkan apakah jalan penyelesaian yang ada bagi setiap masalah tersebut…kemudian terus selesaikan masalah tersebut…
Anda da siap list down dan kecil kan semua masalah yang urgent, dan da ada jalan solusi nya. so terus selesaikan masalah tersebut. Jangan banyak fikir yang bukan-bukan…settlekan masalah kecil tersebut secepat mungkin..
Penutup
Ini adalah antara cara yang saya gunakan untuk selesai kan masalah-masalah saya ..samada dalam kehidupan atau pun bisnes saya, ada yang da settle dan ada juga yang masih tidak settle.
Yang penting, anda kena tahu yang anda da usaha yang terbaik dan anda aka nbuat lebih baik lagi di masa akan datang. Anda kena ingat selagi kita hidup, kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Namun, setiap kali anda hadapai nya, ia akan memberikan nafas baru dalam hidup anda..anda akan lebih matang dalam apa jua yang anda lakukan. Jangan sedih jika anda lakukan kesilapan, yang penting bertaubat, berdoa dan berusaha…
Semoga anda dapat selesaikn masalah anda…
komen di bawah apa masalah yang anda tidak dapat selesaikan.