Apa pentingnya senarai pelanggan?

Aset terbesar anda dalam bisnes ialah data pelanggan anda, lebih banya anda tahu dan ada rekod tentang pelanggan anda, maka lebih mudah untuk anda buat jualan. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengurangkan kos marketing anda.

Bagaimana untuk menyimpan data pelanggan? Ada banyak cara sebenarnya, dan tidak kisah apa cara yang anda ingin gunakan. Yang penting, anda ada rekod, dan rekod tersebut anda boleh faham. Namun, jika anda ada sebuah sistem untuk menyimpan data pelanggan adalah lebih baik. Anda boleh cuba dapatkan sistem percuma di sini

Ada kajian mengatakan pelanggan sedia ada akan lebih mudah membeli dari anda 5x lebih tinggi daripada pelanggan baru dan mereka akan membeli sehingga 7x dari penjual yang sama.

Oleh itu, pastikan anda merekod pelanggan anda tidak kira samada menggunakan buku tulis, Microsoft Excel, Google spreadsheet atau sistem komputer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top