KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Geran Kerajaan : SOKONGAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR (SPKLB)

Pengenalan

Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) merupakan pemberian geran padanan 70:30 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat luar bandar melalui program keusahawanan.

Apa yang anda perolehi?

Pelaksanaan program ini melibatkan pemberian geran minima berjumlah RM20,000.00 dan maksima sebanyak RM100,000.00 bagi setiap usahawan.

Untuk siapa?

Program SPKLB disasarkan kepada usahawan luar bandar yang komited ingin mengembangkan perniagaan melalui penggunaan teknologi dan inovasi namun kekurangan modal untuk meningkatkan keupayaan keluaran dan perkhidmatan.

Ingin tahu cara memohon ?

Objektif program

  • Menyediakan geran penuh kepada usahawan bagi menampung kos operasi dan keperluan modal pusingan bagi meneruskan kelangsungan perniagaan;
  • Menyediakan latihan, kursus dan coaching bersesuaian sebagai platform kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan; dan
  • Menggalakkan usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang bernilai tinggi bagi meluaskan pasaran.

Komponen program

Skop program melibatkan:

  1. Pembelian atau baik pulih Aset/ Mesin/ Peralatan;
  2. Pengubahsuaian premis Perniagaan; dan
  3. Modal Pusingan/ modal kerja.

Skop projek-projek ekonomi SPKLB melibatkan:

  1. Perkhidmatan;
  2. Produk makanan dan minuman;
  3. Pembuatan/ perkilangan;
  4. Pertanian (Industri Hiliran/ Teknologi);
  5. ICT dan Teknologi Kreatif;
  6. Kesejahteraan (Wellness); dan
  7. Gaya Hidup.

Kadar Pemberian Geran

  • Pemberian geran padanan 70:30;
  • Nilai minimum geran yang ditawarkan adalah sebanyak RM20,000.00; dan
  • Nilai maksimum geran yang ditawarkan pula dihadkan kepada RM100,000.00.

Syarat-syarat Kelayakan Memohon Geran

Usahawan yang layak untuk memohon menyertai program ini hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(i)      Warganegara Malaysia;

(ii)     Berumur 21 tahun dan ke atas;

(iii)    Permohonan terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad;

(iv)    Pemohon tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan/KPLB;

(v)     Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan menjalankan perniagaan sepenuh masa;

(vi)    Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat berdaftar di luar bandar;

(vii)   Merupakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak;

(viii)  Mempunyai lesen berniaga iaitu kebenaran menjalankan perniagaan daripada Pihak Berkuatkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan di Luar Kawasan Seliaan oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan;

(ix)    Memiliki premis perniagaan yang bersesuaian;

(x)     Jumlah pendapatan tahunan kurang RM200,000.00;

(xi)    Pemohon yang telah mendapat bantuan geran atau bantuan daripada Kementerian seperti geran Program Rural Business Challenge (RBC) tidak layak lagi memohon geran SPKLB. Bagi pemohon yang telah mendapat bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP), pemohon layak untuk memohon geran SPKLB selepas setahun mendapat bantuan tersebut.

Hendak memohon geran kerajaan?

Usahawan-usahawan luar bandar yang berminat untuk memohon, hendaklah menghubungi  LKW, MARA, FELCRA, RISDA, JAKOA atau Pejabat KPLB Negeri masing-masing dan memaklumkan hasrat untuk memohon SPKLB.

LKW atau Pejabat KPLB Negeri akan memberikan borang permohonan yang perlu dilengkapkan oleh usahawan dan dikembalikan kepada LKW atau Pejabat KPLB Negeri untuk proses pertimbangan dan kelulusan.

Maklumat lanjut di : https://www.rurallink.gov.my/program-sokongan-pengukuhan-keusahawanan-luar-bandar-spklb/

Ingin dapatkan info berkenaan pernigaan : Klik sini https://bisnesdigital.my/blogpost/

Ingin dapatkan produk kami dalam membantu melonjakkan sales bisnes anda? Klik https://bisnesdigital.my/shop/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top